Tag Archives: perak

silver10tahun131011

Ayuh, kita ubah hidup kita dengan maksimumkan potensi silver.

Pelaburan silver mampu memberikan pulangan yang lumayan. Ini kerana peratus kenaikan harga silver tahun 2010 sahaja adalah 80 peratus. Sejak 5 tahun lepas pula harga silver secara purata meningkat purata 88.7% Ini adalah kenaikan yang amat besar dan mampu membuat pelabur silver tersenyum lebar.

Sumber: http://silverprice.org/silver-price-history.html

Saya mempunyai sebab tersendiri yang kukuh untuk mengatakan bahawa pelaburan silver amat menguntungkan. Ketahui sebab-sebabnya seperti di bawah.

Kos Pelaburan Rendah – Memang betul. Harga silver jauh lebih rendah daripada emas. Anda tak perlu keluarkan sehingga beribu ringgit untuk membeli sejongkong silver. Malah, anda boleh gandakan keuntungan pelaburan anda berlipat kali ganda tanpa sebarang tambahan modal. Baca sehingga habis laporan ini kerana saya turut berkongsikan strategi HEBAT itu! 
Risiko Tinggi, Untung pun TINGGI! – Pergerakan Turun Naik Harga Silver adalah amat pantas. Namun begitu, silver sekarang berada di dalam trend menaik yang biasanya boleh berjalan hingga 5 – 10 tahun lagi. Target konservatif untuk harga silver adalah USD200/oz! 6x kali ganda dari harga sekarang!
Silver VS Emas VS ASB – Jika saya diberi pilihan untuk melabur dalam ketiga-tiga bidang pelaburan itu, saya gerenti, saya akan abaikan emas dan ASB. Ini kerana, peratusan kenaikan harga silver adalah 1.6X ganda daripada emas. Manakala, dividen ASB hanya 8-9% sahaja setahun. Mana nak untung macam tu!
Sumber Kurang, Permintaan Tinggi – Satu sumber sahih mengatakan, tiada stok simpanan untuk silver berbanding 1980 sebanyak 3.5 billion oz tetapi, keperluan silver dalam sektor pembuatan sentiasa mendapat sambutan. Sekiranya hal ini berlaku, ini bermaksud permintaan dalam bentuk pelaburan DAN industri ke atas silver akan memuncak. Sekaligus harga silver akan naik berkali-kali ganda.

Tak kira apa pun matlamat anda ….ANDA pasti mahukan wang pelaburan anda untuk..

Simpanan di hari tua – Usia anda makin lanjut. Bukan makin muda. Jadi, untuk menjamin masa tua anda nanti, anda perlu membuat simpanan. Tetapi, disebabkan anda mempunyai hutang. Anda gunakan duit simpanan untuk membayar hutang. Lama-kelamaan, duit simpanan anda semakin susut. Disebabkan duit simpanan anda hampir habis, anda join pula skim cepat kaya. Hasilnya anda muflis!
Beli hartanah – Anda memang perlukan duit untuk beli hartanah. Sekurang-kurangnya, anda harus sediakan RM5,000 untuk bayar deposit hartanah. Walaubagaimanapun, impian anda untuk memiliki hartanah tak kan tercapai. Sebabnya, anda tak ada duit simpanan. Tambah-tambah anda mempunyai banyak hutang. Buat loan untuk beli hartanah? Bermaksud hutang anda semakin bertambah!
Belanja kahwin – Perbelanjaan kahwin sekarang ni makin mahal. Nak memetik bunga di taman, sekurang-kurangnya anda kena siapkan 20K. Barulah anda senang duduk. Kalau tak, jangan mimpi anda dapat kahwin dengan gadis pilihan. Tapi, jika duit anda cukup, anda nak buat majlis kahwin yang gilang gemilang macam artis pun boleh!
Belanja universiti anak-anak nanti – Kita mahukan pendidikan terbaik untuk anak kita. Jika anak-anak anda masih belum sekolah atau bersekolah rendah rendah lagi, anda boleh mencari pelaburan JANGKA PANJANG yang memberi pulangan yang tinggi. Kos pengajian tinggi mungkin meningkat 2-3x kali ganda dari sekarang. Namun begitu, dengan perancangan pelaburan yang baik, anda mungkin tidak perlu mengambil apa-apa pinjaman untuk menghantar mereka belajar di LUAR NEGERI.
So… pastikan anda mula memikirkan, berkira-kira & mula menyimpan silver hari ini yea.

Tip melabur dalam perak/silver

SILVER LAGI HEBAT DARI EMAS? Betul ke? Ramai yang
sedia maklum bahawa pelaburan emas sangat menguntungkan, dan
antara paling selamat. Memang tidak dapat dinafikan.
Memang betul…
Tapi tahukah anda? Bahawa SILVER@perak adalah salah satu
pelaburan logam yang paling untung, selamat tapi murah, selain
daripada emas.
Bagaimanakah dikatakan silver lebih untung daripada emas? Mari
kita baca di bawah:
Kebanyakan pelabur terlampau mengukur kenaikan harga dalam bentuk
matawang. Ramai yang lupa bahawa kenaikan sepatutnya diukur dalam
bentuk peratusan. Cuba tengok graf – graf ni 
Hebat bukan..
Jelas sekali peratusan kenaikan harga perak JAUH meninggalkan
harga emas. Kalau kita letak RM1000 dalam pelaburan emas pada
akhir 2001 kita akan dapat balik lebih kurang RM4923.60 hari ni.
Kalau letak kat perak, anda akan dapat RM7976.60. Jauh lagi
HEBAT!
Jadi, tahu kan kenapa SILVER lebih untung dari emas?
Ada lagi rujukan tambahan …kalau nk download ebook PDF
di URL di bawah:
—>labursilver.com/Ebook1.pdf
Semoga perkongsian diberikan bermanfaat.
images-robert

SILVER/PERAK/DIRHAM

Terpanggil rasanya nak kongsikan info tentang SILVER/PERAK/DIRHAM …moga perkongsian ini memberi manafat kepada kita semua & membantu kita membuat keputusan yang bijak dalam mempelbagaikan portfolio investment  kita.
Dalam menghadapi krisis kewangan dunia, para analisis menyeru warga dunia agar menggunakan silver. Kesempatan terbaik untuk umat Islam untuk menyimpan dirham/silver / perak.
Nama Robert T Kiyosaki cukup terkenal di peringkat antarabangsa kerana buku – bukunya yang berkaitan dengan system kewangan dan pelaburan. Telah menulis sekitar lima belas buku laris, dan yang pertama dan popular adalah Cashflow Quadrant: Rich Dad’s Guide to Financial Freedom (2000).
Dan tahukah anda saranan/ nasihat terakhir dari Kiyosaki bagi masyarakat dunia untuk menyelamatkan asetnya? ‘Belilah perak!’ Nasihat ‘Belilah perak!’
Kempen yang bermula sejak 2009 lalu. Salah satu latar belakangnya, tentu saja, adalah krisis kewangan yang terjadi di Amerika akhir 2008 lalu, Akibat runtuhnya kredit perumahan di sana yang memberi kesedaran orang ramai berhubung tentang gelembung ekonomi wang kertas.

Pada tahun 2010 kempennya untuk membeli dan menyimpan perak kembali disuarakan, kali ini oleh Max Keiser, juga seorang pengkritik dan penasihat kewangan.

Bagi kita sebagai orang Muslim, seruan untuk memegang perak ini tentulah sangat tepat dan mudah diikuti, dengan telah beredarnya koin Dirham Kelantan/ DGE dan sebagainya . Secara kesimpulannya dirham mampu menjaga nilainya semakin terbukti, dan dalam keadaan sekarang, bahkan melebihi kemampuan emas. Mengapa? Karena ratio nilai emas dan perak saat ini sangat besar sekitar 1:50, sedangkan dalam waktu yang sangat lama rationya adalah 1:15 (lihat Diagram 2). Ini terjadi sejak akhir tahun 1970an, bahkan pernah mencapai titik terendahnya sampai di bawah 1:90 pada awal 1990an.
Sekiranya panduan yang kita gunakan merujuk kepada apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, melalui hukum zakat dan sejarah di Madinah saat hukum itu ditetapkan, ratio nilai Dirham:Dinar ini bahkan seharusnya antara 1:10 dan 1:12. Maksudnya harga perak saat ini sangatlah murah.

Inilah saat yang tepat dan baik untuk memperbanyak jumlah Silver/ Dirham /Perak yang ada di masyarakat, dengan cara menukarkannya dengan wang kertas, atau melalui transaksi perdagangan, sedekah, dan pembayaran zakat.

Secara praktikalnya kenaikan nilai tukar Dirham perak dalam setahun terakhir ini memang sangat tinggi, dari RM 13.00 (Agustus 2010) menjadi RM 20.00 (Desember 2010). Maka nilainya naik sebesar 53.84%/tahun atau 4.48%/bulan.

Pada masa akan datang kenaikan harga silver akan terus mencanak naik..dan naik…, bahkan akan lebihbesssaarrr lagi peratus kenaikan nilai harga perak, kerana permintaan dan penggunaannya akan jauh lebih besar. Bahkan kenaikan silver ini disokong oleh kempen2 dari pakar seperti Robert Kiyosaki dan Max Keiser di atas.
Permintaan logam perak akan membesar dalam waktu dekat ini karena beberapa hal :
1. Sebab perak digunakan untuk berbagai keperluan industri dan sebahagian besar telah habis. Ini berbeza dengan emas yang stoknya tidak pernah berkurang, kerana hanya digunakan sebagai cadangan kekayaan. Jadi, sensitifitas nilai tukar perak akan sangat tinggi terhadap peningkatan permintaannya.

2. Perak dan emas sama-sama merupakan logam mulia, tetapi harganya jauh lebih murah berbanding emas. Sebagai koin Dirham saat ini dapat diperoleh mulai dari suku, setengah dan 1, 2, 5,10 & 20 dirham serta 1 oz bar dan coin . Ini membuat perak dapat dijangkau oleh semua lapisan masyarakat.

3. Bersama pasangannya Dinar Emas, Dirham perak secara praktis telah berlaku kembali dan digunakan sebagai alat tukar atau matawang. Ini memberikan kesempatan kepada mereka yang tidak memiliki wang ringgit pun dapat memiliki Dirham perak, melalui jual beli, barang dsb.

4. Dirham merupakan alat pembayar zakat mal, dengan ketentuan Nisab yang lebih rendah dari Dinar, yakni 200 Dirham. Ini memberi kesempatan bagi si kaya untuk memberi kepada si miskin, melalui pembayaran zakat mal, dengan jumlah muzakki yang akan jauh lebih banyak ketimbang muzakki yang memegang Dinar emas. Dan ini bererti peredaran kekayaan akan lebih mudah dan luas terjadi melalui koin Dirham perak.

Lihatlah apa yang terjadi di Amerika Utara baru – baru ini, U.S. Mint, pencetak koin emas dan perak di AS, pengeluaran pertama tahun ini saja telah menjual koin Silver Eagle jauh lebih tinggi berbanding tahun – tahun sebelumnya, lebih dari satu juta koin silver telah dikeluarkan untuk memenuhi permintaan dunia.

Begitu juga Royal Canadian Mint, sepanjang tahun 2009, meningkatkan pengeluaran sehingga 9.7 juta koin Silver Maple Leafs, yang merupakan rekod tertinggi di dunia.

Untuk membuktikan permintaan silver semakin meningkat di negara kita :-

Harga 1 dirham kelantan sekarang RM 20.00 berbanding pelancaran pada awal Ramadan 1431H hanya sekitar RM 13.00 iaitu kenaikan sebanyak 53.84% dalam tempoh 5 bulan. Dijangkakan harga silver tahun 2011 akan naik sebanyak 70% iaitu harga mencecah 51 USD, bermakna 1 dirham akan menjadi RM 35.00 – RM 40.00 pada tahun 2011 nanti.

Semoga mendapat ilmu bermanfaat tentang kelebihan silver/perak/dirham untuk dikongsi bersama.

Kredit info : http://emaspadu999.blogspot.com/

Kekayaan bertambah melalui zakat yang berkat

Ramai yang berusaha keras untuk menambah kekayaan tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang ada cara yang sangat mudah untuk mendapat kekayaan yang berkat itu… Berzakatlah…

Untuk makluman bersama, berikut adalah info zakat yg boleh dijadikan panduan untuk kita bersama

Emas adalah antara  logam yang diwajibkan zakat & kewajipan zakat ke atas emasi dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.                                                  At- Taubah; ayat 34-35Terdapat 2 keadaan Zakat emas dikira:-
1. Jika emas tersebut hanya di simpan (tidak dipakai)Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakaiEmas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.90

Menurut hukum syarak, logam perak juga adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

Jongkong perak
Matawang perak
Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak
Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perakSabda Rasulullah SAW

Maksudnya:

“..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”. (Riwayat Muslim)

Maksudnya:

“Pada perak (zakatnya) 1/40…”. (Riwayat Al-Bukhari )Contoh pengiraan zakat perak

Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62/g

Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5% =  15.50