Tag Archives: analisis

8-feb-1

GOLD TECHNICAL ANALYSIS

There are many other reasons why investors should keep a portion of their funds invested in the precious metal.  And, when I mention gold , I mean gold bullion…physical gold in the form of gold bars and gold coins; not limited edition medallions, so called ” rare”  coins which are really medallions.

As far as I am concerned these have no investor value whatsoever, and should be left for the collectors.

Haa… itu kata depa yang bijak orang putih…. ni nak buat perbandingan yang lebih real pulak….mai kita tengok info ni

Harga emas KITCO pada awal Januari 2010 ialah USD1121.50/oz.
Harga emas KITCO pada akhir Disember 2010 ialah USD1405.50 /oz.
….kenaikan sebanyak 25.3%.

Nilai tukaran wang RM/USD pada awal Januari 2010 ialah RM3.3971.
Nilai tukaran wang RM/USD pada akhir Disember 2010 ialah RM3.0835.

Jadi,
Harga emas dalam RM pada awal Januari 2010 ialah RM3809.85/oz.
Harga emas dalam RM pada akhir Disember 2010 ialah RM4333.86/oz.
….kenaikan sebanyak 13.8%.

Kenaikan harga emas dalam USD adalah sebanyak 25.3% berbanding kenaikan harga emas dalam RM dapat dilihat adalah sebanyak 13.8%.

Ya, kita masih lagi boleh tersenyum kerana dividen ASB yang ‘gah’ keuntungannya diumum saban tahun barulah hanya sekitar 8.75% setahun sahaja. Sudah tentu antara angka 25.3% & 13.8%, yang pertama itu lebih WOW, tetapi amatlah dituntut supaya kita menceritakan sesuatu yang sesuai & terkait dengan situasi di mana kita berada, supaya di penghujung jalan nanti, tidak ada yang terkeliru…

Sebahagian besar daripada kita merasakan bahawa harga barang-barang seperti kejar-mengejar pendapatan kita. Mengapakah daya beli kita menurun & bagaimana pula untuk menanganinya? Secara bertahap, kita harus lindungi hasil penat lelah kita daripada risiko inflasi dengan sesuatu yang daya belinya bertahan. Di sinilah, emas sabagai salah satu caranya. Masih ingat pada suatu cerita di zaman Rasulullah?

“Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahwa Nabi SAW memberikan wang 1 Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga 1 Dinar. Ia pulang membawa 1 Dinar & satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanahpun, ia pasti beruntung.” (H.R. Bukhari)

Kini, setelah 1400 tahun, pada zaman kita bernafas, harga kambing pun tetap juga 1 Dinar!!!

Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua dalam membuat aturan pelaburan agar pulangannya mampu menyenangkan kita di masa depan.

Di saat kehancuran USD dan segala matawang-matawang dunia, timbul satu matawang ‘kuno’ yang hanya dengannya sahajalah, kehidupan dunia bisa menjadi kembali makmur.  Berbeza dengan kita yang meyakini  wang yang sejati (timbangan yang adil) hanyalah emas & perak berdasarkan keyakinan agama kita, para pakar analisis ekonomi dunia pula berpendapat bahawa pengganti USD hanyalah emas berdasarkan keadaan kewangan global terkini yang makin buruk dimakan masa. Wallau’alam.