emas-naik

Saya nak beli emas: Panduan membeli emas Public Gold.

Tahniah! Nampaknya anda telah bersedia untuk memulakan pelaburan emas anda yang pertama.

Saya akan pastikan pelaburan emas anda yang pertama adalah yang tepat, mudah dan menguntungkan!

Pertama sekali, adakah anda sudah jelas kenapa anda perlu menyimpan emas? Anda boleh baca artikel saya “Apakah sebab anda hendak melabur dan menyimpan emas?” Selepas itu anda boleh teruskan ke langkah yang kedua iaitu membeli emas fizikal.

Ini penting kerana emas fizikal membolehkan anda melihat dan merasai aura emas milik anda. Untuk kali ini, saya akan menunjukkan kepada anda cara untuk membeli emas fizikal keluaran Public Gold (www.publicgoldbar.com)

Mengapa Public Gold? 

Ada 9 sebab utama kenapa saya mencadangkan anda memilih Public Gold.

1. Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan perak untuk tujuan pelaburan.


Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjual dan membeli emas pelaburan yang terbesar di Malaysia. Jenama Public Gold sudah berada di pasaran sejak tahun 2008 sehingga sekarang.

Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak) dan mempunyai sebuah anak syarikat yang mengoperasikan Peti Simpanan Selamat (safe deposit box) di Pulau Pinang dengan kapasiti 5000 buah peti simpanan.

2. Harga emasnya jauh lebih murah dari kedai emas.
Public Gold adalah kilang emas. Jadi harga kilang tentulah lebih murah dari harga kedai emas (jimat RM20 ke RM30++ segram). 

Harga emas Public Gold boleh tengok kat sini: www.publicgoldbar.com

3. Susutnilai emas Public Gold jauh lebih rendah dari kedai emas.
Susutnilai emas di kedai emas adalah antara 18% ke 30% (tingginya!). Tetapi susutnilai emas Public Gold sangat kecil. 

Jadi bila susutnilai rendah, anda untung lebih cepat!

i. 4.5% sehingga 8% untuk jongkong emas 999.9
ii. 5% sehingga 6% untuk dinar emas 916
iii. 10% sahaja untuk barang kemas i-series 916
iv. 12% ke 16% untuk jongkong perak 999.0

4. Pelbagai produk emas dan perak mengikut citarasa dan kemampuan anda.
Public Gold mengeluarkan jongkong emas, dinar emas, barang kemas, jongkong perak dan syiling perak. 

Anda boleh pilih apa-apa sahaja produk mengikut citarasa dan kesesuaian budget anda.
(untuk melihat senarai produk Public Gold, lihat Lampiran 1 di hujung laporan ini)

i. Untuk jongkong emas 999.9 anda boleh memilih dari berat berikut:
10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 500 gram

ii. Untuk dinar emas 916 anda boleh memilih dari sebarang dinar bermula dengan:
1 dinar (4.25 gram), 2 dinar (8.50 gram), 5 dinar (21.25 gram) atau 10 dinar (42.50 gram)

iii. Untuk barang kemas 916 i-series, anda boleh memilih:
buah rantai (5 gram dan 10 gram), rantai tangan (10 gram), rantai leher (20 gram, 50 gram dan 100 gram)

iv. Untuk jongkong perak 999.0 anda boleh memilih jongkong dengan berat(100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1 kilogram)

v. Untuk syiling perak 999.0, anda boleh memilih syiling 10 dirham (berat 29.75 gram, perak 999.0)

5. Sistem tempahan dan jualan balik 24 jam sehari, 365 hari setahun!
Sistem tempahan online Public Gold beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Jadi anda boleh beli emas @ menjual semula emas mereka pada bila-bila masa sahaja.

6. Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia.

Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak (kecuali Perlis).

7. Harga emas yang dinamik dan berubah setiap 20 minit.
Satu fakta yang menarik tentang Public Gold ialah harganya berubah setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia. Berbeza dengan kedai emas yang lambat berubah harganya (kekadang sampai berminggu-minggu). 

Jadi anda boleh melihat kenaikan dan penurunan harga dengan pantas.

8. Urusniaga jualan yang patuh syariah.
Apabila anda membeli emas dengan Public Gold maka anda akan mendapat emas fizikal dan simpan sendiri. Ini adalah 100% patuh syariah!

Contoh urusniaga yang tidak patuh syariah ialah apabila anda membeli emas melalui akaun simpanan emas di bank, tetapi pembeli tidak mendapat emas fizikal. Yang anda dapat cuma catatan di atas kertas sahaja.

Bagi memahami hukum membeli emas melalui akaun simpanan emas, anda boleh melihat soalan dan jawapan di dalam laman web Ustaz Zaharuddin di sini: http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank- malaysia.html

Apabila kita membeli emas samada di bank atau di kedai emas ia mestilah memenuhi syarat-syarat berikut: 

Pertama bank, kedai emas @ syarikat yang menjual emas memiliki emas yang dijual semasa
menjual. 

Kedua, bank @ kedai emas tersebut memberikan bukti pemilikan kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas nilai emas yang dibeli.
Anda perlu berhati-hati. Apabila pelaburan emas menjadi semakin popular, maka banyak bank dan juga syarikat-syarikat menawarkan peluang pelaburan emas. Namun segelintir orang sahaja yang mengambil kira soal halal haram transaksi pembelian emas menurut Islam. 

Dengan Public Gold, bila anda beli emas, maka anda akan dapat pegang emas tersebut. Memang best…

9. Jaminan belian balik Public Gold.


Salah satu kelebihan produk emas Public Gold adalah jaminan belian balik. Public Gold memberikan jaminan akan membeli balik emas mereka pada harga belian balik walaupun emas mereka calar, gores, bengkok atau kemek asalkan berat emas adalah sama seperti di dalam sijil ketulenan.

Jika anda hilang sijil ketulenan maka anda cuma dikenakan RM10 sahaja. Ini memberikan ketenangan fikiran kepada pembeli emas keluaran Public Gold.

Ok, saya telah menunjukkan 9 kelebihan Public Gold, sekarang tiba masa yang dinanti-nantikan oleh anda untuk membeli & memiliki emas fizikal Public Gold sendiri :-

rujuk step pembelian online di sini –> http://www.publicgoldbar.com/2013/09/ingin-memiliki-membeli-emas-fizikal.html

sumber  : sifu Syukor Hashim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>