Daily Archives: October 12, 2013

genneva_the_star-389x499

6 Pegawai Atasan Genneva Didakwa Di Mahkamah. Apa nasib Pelabur Mereka?

Muka hadapan suratkhabar The Star 28/9/2013 telah memaparkan kisah Genneva – sebuah syarikat yang membuat skim pelaburan emas telah didakwa di Mahkamah.

Syarikat ini diserbu oleh Bank Negara Malaysia pada 1/10/2012. Saya ada menulis mengenainya di sini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/kisah-skim-pelaburan-emas-yang-diserbu-pihak-berkuasa/

926 pertuduhan dibacakan ke atas 6 orang bekas pegawai atasan Genneva.

Pengarah Genneva, Datuk Tan Liang Keat, 41, dan Datuk Philip Lim Jit Meng, 56; Pengurus Besar, Lim Kah Heng, 42; penasihat-penasihat perniagaan syarikat itu, Datuk Ng Poh Weng, 63, Datuk Chin Wai Leong, 37, serta Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 61, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

Mereka dituduh terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga emas bernilai hampir RM5.5 bilion, dengan 35,000 orang pelabur 2 tahun lalu.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Bagi saya, samada mereka bersalah atau tidak tertakluk kepada keputusan mahkamah.

Saya cuma kisahkan nasib 35 000 orang pelabur mereka.

35 000 pelabur yang terlibat dengan Genneva, ada yang rugi sedikit, ada yang rugi banyak.

Saya pernah berjumpa dengan pelabur 1 kg sehingga 3 kg emas dengan Genneva. Memang mereka tepuk dahi!

Pelabur yang dapat emas di tangan tu kira bernasib baiklah juga. Bagi yang serahkan kembali kepada syarikat untuk mendapat keuntungan lebih, mereka adalah pelabur yang paling rugi.

Terperangkap di dalam situasi ini amat menyakitkan. Ini kerana modal hangus dan tiada tanda-tanda akan dapat balik duit.