Kesilapan-Pelabur-Emas

10 Kesilapan Pelabur Emas!

Post image for 10 Kesilapan Pelabur Emas!

Amazon Gutschein

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum mula membeli emas, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.
10 Kesilapan Pelabur Emas
Jadi, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga ianya bermanfaat:
Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu
Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar.
Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.
Kesilapan #3: Membeli barang kemas
Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan keuntungan pembeli. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold dan Sri Ayu.

Rujuk artikel “Barang Kemas vs Emas Pelaburan, Mana Lebih Untung?” untuk lebih faham topik ni.

Barang Kemas 02
Barang kemas bukanlah emas terbaik untuk tujuan “pelaburan”.
Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas
Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!
Buy Back Poh KongSyarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.
Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat
Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.
graf pergerakan harga emas 10 tahunHarga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin boleh mengganggu tidur malam yang lena.
Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas
Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.
pelaburan emas dengan pinjaman
Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.
Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain
Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas lelong di ar-rahnu belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Sila rujuk artikel “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan“.

Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul
Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak secara mendadak, (2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Rujuk artikel “9 Tips Penting Memajak Emas Di Ar-Rahnu” untuk faham topik ni.

Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank
Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet & ia berseal. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.
emas kuwait finance house pamp suiseEmas yang dijual di bank biasanya berseal begini. Sekali buka seal, anda rugi 25%!
kijang emas maybankKijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.
Emas public gold kemek calarPublic Gold (bukan Public Bank) jamin beli balik emas tu samada calar, kemek, atau bengkok. Ini disebabkan Public Gold adalah kilang emas yang mengeluarkan sendiri emas tersebut. Bukan sebagaimana bank yang membeli emas dari pihak ke-3.
Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah
Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% – 8% jer. Itulah ‘rule’ jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

Untuk perbandingan ‘spread’, boleh rujuk artikel saya bertajuk “Perbandingan Spread Emas di Malaysia“.

Kurangnya Ilmu, Punca Utama 10 Kesilapan
Oh, satu lagi, punca utama kesilapan berlaku ialah tak ada ilmu untuk melabur. Ramai yang jenis ikut-ikut jer. Walaupun dah dekat setahun melabur, saya always update ilmu saya tentang pelaburan. Ingat, lagi tinggi ilmu kita dalam sesuatu pelaburan, lagi besar untung yang kita boleh dapat.
Semalam, saya habis baca ebook terbaru iaitu pasal Teknik Sebenar Pelaburan Silver! Oh, kalau buku ni dijual setahun yang lalu, mungkin saya boleh dapat untung hingga 100% berbanding 25% apa yang saya dapat sekarang.
Ringkas cerita, saya cadangkan sahabat semua dapatkan dan baca 2 ebook yang saya jadikan main reference dalam pelaburan emas dan perak setakat ni iaitu:

EMAS: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (RM80) – Syukor Hashim
SILVER: Panduan Pelaburan Silver (Terbaru!) (RM100) – Ikram Adi

Ebook Pelaburan Emas dan Pelaburan Silver
Saya berani syorkan dua ebook ni sebab saya sendiri dah baca dan saya tahu nilai sebenar ebook-ebook tu. Kalau harganya RM200 sebuah pun, ia masih bebaloi.
Sebuah Buku, Jimatkan Masa Kita 10 Tahun
Nanti saya akan berkongsi pasal eBook Pelaburan Silver tu, insyaAllah. Itu ilmu terbaru yang saya dapat. Banyak rahsia-rahsia didedahkan, antaranya ialah rahsia yang dibuat dealer-dealer emas otai! Nasihat saya, jangan takut untuk melabur dalam ilmu, ia memang berbaloi sebab sebelum start gold investment dulu, saya khatamkan buku Syukor Hashim dulu baru start melabur! Beli ebook RM80, dan untung 25%! Sekarang ni, saya baru jer masuk fasa kedua pelaburan dengan baca buku pasal silver pulak. InsyaALlah, belajar cara buat untung 100% pulak! Beli ebook RM100, untung 100%, insyaAllah…
Memang tak akan sama orang berilmu dengan tak berilmu. Orang berilmu, buat perkara yang sama dengan cara berbeza.
Wallahu a’lam.

p.s. Kesilapan #11: Menyertai SKIM PELABURAN EMAS yang menjanjikan pendapatan tetap. 
Untuk makluman sahabat, kaedah sebenar pelaburan emas ialah macam beli barang kemas jer. Beli harga rendah, jual masa harga tinggi. Kalau ia menjanjikan pendapatan bulanan secara tetap, kena hati-hati sebab kebanyakkan SCAM/ PENIPUAN pelaburan emas beroperasi cara macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>