Daily Archives: September 19, 2013

goldproducts

Apakah Ciri-Ciri Pelaburan Yang Sesuai Untuk Membina Kekayaan?

Jikalau kita berbicara mengenai peluang-peluang pelaburan yang bersepah-sepah ada di luar sana, tentunya terdapat beberapa persoalan yang bermain-main difikiran anda. 

Anda pun sudah mula sedar, untuk terus membina kekayaan dan gandakan wang anda menjadi lebih banyak, anda perlu melaburkannya. 

Jikalau hanya mengharapkan wang gaji bulanan daripada pekerjaan tetap anda sahaja semata-mata, memang jangan haraplah anda mampu jadi kaya dan hidup senang dikemudian hari. 

Kalau diberi peluang untuk melaburkan wang anda, pastinya perkara-perkara berikut menjadi kriteria utama atau ciri-ciri pilihan anda:

1.   Pelaburan yang mampu memberi pulangan keuntungan tahunan melebihi 15-20% jauh lebih baik daripada ASB, Simpanan Tetap (FD), unit trust, mutual fund atau takaful.

Risikonya adalah yang PALING rendah untuk mengalami kerugian. Dalam bahasa mudahnya, duit yang anda labur tu tak ‘hangus’ begitu sahaja. Anda inginkan pelaburan yang PALING selamat.

2.   Pelaburan yang tak perlu anda nak bersusah-payah tengok graf depan PC siang-malam-pagi-petang. Contoh di sini adalah seperti pelaburan di pasaran saham atau FOREX. Risiko untuk anda hilang duit memang tinggi kalau tak sentiasa pantau pergerakan graf!

Mempunyai tahap ‘kecairan’ yang tinggi. Maksud kecairan ialah keboleh-upayaan untuk pelaburan anda itu ditukarkan semula kepada wang tunai pada bila-bila masa. Mana tahu tiba-tiba anda memerlukan wang tunai dalam keadaan yang terdesak.

3.   Pelaburan yang kalis inflasi. Wang yang anda laburkan itu tidak mengalami susut nilai dari segi matawang. Tak kira walaupun nilai matawang jatuh akibat inflasi, pelaburan anda masih kekal nilainya. Malah bertambah-tambah nilai pulangannya.

Tak perlukan modal besar berpuluh-puluh ribu RM seperti pelaburan hartanah. Belum masuk lagi soal urusan prosedur jual-beli, urusan dokumen, serta upah lawyer untuk pemilikan hartanah tersebut. Makan masa berbulan-bulan baru settle.

4.   Jenis pelaburan yang boleh membuatkan anda berasa bangga apabila bercakap mengenainya bersama-sama rakan, ahli keluarga dan sanak-saudara anda. Bukan seperti kalau anda join MLM atau Insurans. 

Memang CONFIRM saya gerenti, anda pun macam ‘malu-malu kucing’ untuk nak bagitahu yang anda sedang jalankan perniagaan tersebut.

Owh, memang seronok bukan kalau ada satu jenis pelaburan yang benar-benar memenuhi ciri-ciri di atas tu?

“Encik Syukor, ada ke pelaburan yang macam tu sekali?” anda tanya saya.

Pelaburan yang dimaksudkan adalah yang lain dan tak bukan …

Dapatkan segala rahsia & teknik pelaburan emas  hari ini,
klik link ini

list-dinar

TIPS EMAS : Harga Paras Rendah

Harga 1 dinar pagi ni sekitar RM634.00. 

Harga tertinggi dalam sejarah ialah sekitar RM830 pada tahun 2011. Penurunan mendadak April 2013 lepas menyebabkan harga 1 dinar turun serendah RM550. 

Ini disebabkan sentimen pemulihan ekonomi US membuatkan semua pasaran komoditi berlaku penurunan. Sekarang adalah musim yang baik bagi sesiapa nak perbanyakkan pemilikan emas – 11 Ogos 2013

Jadi simpanlah emas segera bagi memastikan sumber kewangan kita terjamin.

Nak tengok harga emas hari ini ? 

Klik di sini  :   http://www.publicgoldbar.com/

Nak order emas secara online ? 

Register dulu sebagai pelanggan Public gold di link di bawah ni :
http://publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_user&view=login&Itemid=511&lang=en

Jika anda tak tahu bagaimana nak daftaronline ikuti langkah-langkah pembelian secara online di link di bawah ni :

http://www.publicgoldbar.com/2013/09/ingin-memiliki-membeli-emas-fizikal.html

Sumber perkongsian : 
Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2012/09/teknik-mengambil-untung-pelaburan-emas.html#ixzz2fI9qlFEG

Untung-pelaburan-emas

Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas

Dulu start modal RM6,000 dapat beli 10 keping 1 dinar. Sekarang kalau jual semua 10 keping dapat la RM7,300. Ingat nak jual semua untuk ambik untung, tapi kalau nak beli balik nanti, harga dah mahal. Mana untungnya simpan emas?

Ni antara kekeliruan biasa pelabur emas. Kalau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, dapat la dividen setiap hujung tahun. Tapi melabur dalam emas ni tak tahu bila boleh kaut untung. Nak jual tapi takut harga mahal bila nak beli balik nanti…
Pendapatan Tunai, Bukan Simpan Emas?

Yang keduanya, saya nampak sebahagian besar pelabur emas sebenarnya berminat dapat untung dalam bentuk pendapatan TUNAI macam dividen. Untung tu nanti mereka boleh gunakan. Mereka bukan sangat nak simpan emas. 

Sebab tu ada syarikat pelaburan emas yang tawarkan pendapatan ‘hibah’ atau ‘saham emas’ mendapat sambutan hangat oleh pelabur emas walaupun telah disenaraikan oleh Bank Negara sebagai pelaburan tak sah. Orang tetap berdegil nak join dengan 1001 alasan walaupun bagi saya, ia bakal senasib dengan Swiss Cash. Bagi saya, mereka semua bakal berkubur, cuma masa jer menentukannya…

Untuk makluman sahabat semua, sebenarnya dengan pelaburan emas fizikal pun kita boleh dapat untung TUNAI macam tu. Cuma kita perlu tahu teknik asas dan kena fine tune mindset sikit. 

Yang paling penting, teknik ni sah dan pelaburan kita sangat selamat. Sahabat semua perlu buat ‘trading’ at least setahun sekali.

Mindset Mengukur Keuntungan


Pertama, mesti ukur keuntungan dari sudut wang TUNAI, bukan berapa GRAM emas yang anda ada. Jangan peduli berapa gram emas yang kita ada sebab matlamat kita ialah nak dapat EXTRA CASH.

Katakanlah start melabur dengan modal RM60,000. 
Masa tu boleh beli 100 keping 1 dinar i.e. RM600 sekeping x 100 = RM60,000. 
Lepas setahun simpan, harga jual balik (PG Buy) dah naik ke RM700 sekeping. 

Untuk dapat untung, jual kesemua 100 keping syiling 1 dinar tu. Dapat la RM70,000 (RM700 x 100 keping). 

Sekarang ni, asingkan keuntungan RM10,000 (RM70,000 – RM60,000) daripada modal asal.

Harga Emas Paling Rendah & Tinggi


Ikut pada pemerhatian saya berdasarkan 5 tahun harga emas :-

harga paling rendah untuk sesuatu tahun tu ialah pada awal tahun, sekitar Januari – Februari. 

Dan harga paling tinggi ialah sekitar September – November. Bulan Disember biasanya harga turun sikit disebabkan ramai pelabur mencairkan pelaburan untuk ambil untung. 

Ini sekadar pemerhatian umum jer.

Jadi, kalau nak buat untung TUNAI, beli awal tahun, jual akhir tahun. 

Lepas jual, kira berapa EXTRA CASH yang ada ditangan. Duit modal asal tu simpan dulu dalam Tabung Haji untuk dapat dividen sebelum start balik belian baru.

Start Beli Semula Awal Tahun


Bila masuk tahun baru, beli balik emas dengan modal asal RM60,000. Katakanlah harga 1 dinar masa tu RM710 (harga PG Sell). Dengan modal RM60,000, kita dapat beli 85 keping 1 Dinar i.e. RM710 x 85 keping = RM60,350. Kena top up sikit RM350.

Untung pelaburan emas – belian semula

Kat sini ramai orang akan confuse! Emas cuma dapat 85 keping jer sedangkan tahun sebelumnya, kita dapat beli 100 keping… 


Saya ulang sekali lagi, jangan peduli berapa keping emas yang anda ada sebab anda bukan nak simpan emas. 

Anda adalah pelabur yang nak dapat untung TUNAI. Jangan sampai jatuh hati dengan emas kalau matlamat anda ialah untung TUNAI… (“,)

Wealth Protection, Bukan Untung Tunai?


Lain la macam saya. Saya simpan emas untuk WEALTH PROTECTION. Saya tak peduli harga emas tinggi rendah, tapi yang penting, harta saya disimpan dalam bentuk emas, bukan duit kertas yang pasti dimakan inflasi. Saya tak peduli sangat harga tinggi rendah. Saya tak fikir pun nak dapat pendapatan macam dividen Tabung Haji. Dan saya tak fikir pun nak makan duit untung tu.

sumber perkongsian  : 
Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2012/09/teknik-mengambil-untung-pelaburan-emas.html#ixzz2fI9yrVCC