Monthly Archives: July 2013

10 hak menatap syurga

Imam Syafie mewasiatkan 10 hak supaya kita dapat meninggalkan dunia dengan selamat.  10 hak itu adalah: 

1) Hak diri. Kurang tidur, kurang makan, kurang bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

2) Hak malaikat maut. Qada kewajipan yang tertinggal, memperoleh kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati. 

3) Hak kubur. Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, banyakkan solat tahajud, dan membantu orang yang dizalimi. 

4) Hak Munkar Nakir. Tidak berdusta, meninggalkan maksiat, dan nasihat menasihati. 

5) Hak mizan. Tahan marah, banyak berzikir, ikhlaskan amalan, dan sanggup tanggung kesulitan. 

6) Hak sirat. Buang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman, dan suka berjemaah. 

7) Hak malik. Banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan baiki akhlak. 

8) Hak Ridhwan. Reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat. 

9) Hak Rasulullah. Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah. 

10) Hak Allah. Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

(Kredit: Buku – 30 Wasiat Imam Syafie) — Aqif Azizan Pengasas sistem ilmu pemasaran, Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat. 

Rahsia Emas dari Sifu Azizi Ali

5 tahun lepas, Tuan Azizi Ali membimbing saya tentang asas kewangan. Sifirnya mudah. Katanya kalau tak mampu nak tambah pendapatan, kurangkan lah perbelanjaan.
Betul kan?

Tak senang nak tambah pendapatan, kena kerja lebih masa. Kerja lebih tenaga.
Tapi kalau nak kurangkan perbelanjaan memang siapa pun boleh kan? Pasti ianya lebih mudah dan praktikal.

Tuan Azizi Ali juga ajarkan cara simpan duit gaji/pendapatan kepada saya.
Cara simpan duit yang betul dan berkesan katanya.

Cara yang orang ramai amalkan, selalunya salah. Bukan tak boleh, tapi salah. Dan kebanyakan gagal menyimpan. Kalau menyimpan pun gagal, bagaimana nak melabur. Ya tak?

Tuan Azizi kata, untuk permulaan, simpan 10% dari gaji setiap sebulan. Tiap kali dapat gaji. Biasanya hujung bulan lah. Kalau gaji RM1,000 simpanlah RM100. Kalau RM2,000 cuba simpan RM200.
Ini permulaan, kalau dah biasa ada yang boleh simpan sampai 30% dan 50% katanya… Best kan?

Cara simpan yang salah: (Cara ni dulu saya pun buat)
1. Dapat gaji hujung bulan! Happy!
2. Bayar bil dan hutang!
3. Belanja sakan!
4. Simpan!
(Biasanya step ke-4 ni gagal. Kena tunggu gaji bulan depan pulak)

Cara yang Tuan Azizi Ali ajar saya:
1. Dapat gaji hujung bulan! Syukur!
2. Ambil 10% gaji dan simpan dulu!
3. Bayar bil dan hutang!
4. Belanjalah secara sederhana!
5. Amalkan beli bila perlu, bukan sebab mampu!

Selepas guna teknik atas ni, saya berjaya simpan 10% setiap bulan tanpa gagal. Saya tahu ilmu yang Tuan Azizi Ali sampaikan pada saya ni memang berkesan. Ianya ilmu dari pakar kewangan dan pelaburan.
Ya lah, Tuan Azizi kan jurulatih jutawan No 1 di Malaysia!

Saya cadangkan buku beliau bertajuk ” Azizi Ali – Jutawan Dari Planet Jupiter” buat siapa yang sukakan wang! Rugi tak baca.

Terima kasih Tuan Azizi Ali.

Ini kisah 5 tahun lalu. Dulu saya jahil bab kewangan dan pelaburan ni, hari ini saya sudah ada sedikit ilmu dalam pengurusan kewangan. Langkah seterusnya adalah pelaburan pula iaitu Teknik Jana Kekayaan paling mudah.

Hari ini, bermula 15 Julai 2013, Tuan Azizi Ali berkongsikan pula ilmu pelaburan. Pelaburan logam dari muka bumi yang sangat bernilai. Logam itu dinamakan emas.

Klik sini untuk info Rahsia Emas –> http://truewealth.jomniaga.com/go/2/goodprd/

Klik dan lihat perkongsian ilmu dari Tuan Azizi Ali. Saya pun sudah dapatkannya. Komen? Superb dan berbaloi lah!

Saya yakin jika asas kewangan yang beliau bimbing saya 5 tahun lepas (walaupun hanya melalui pembacaan buku-buku kewangan beliau) kini dengan pendedahan ilmu pelaburan emas pula, pasti ianya akan memberi kesan di mana saya berada 3-5 tahun yang akan datang.

Tahniah Tuan Azizi Ali atas penerbitan produk eksklusif ini.

Saya yakin ianya akan membantu ramai orang menjana kekayaan dengan pelaburan emas selepas ini.

Tempah Rahsia Emas di sini –> http://truewealth.jomniaga.com/go/2/goodprd/

Harga emas sedang jatuh menjunam

Pada ketika ini harga emas sedang jatuh menjunam.
Ia merupakan kejatuhan paling teruk sejak 2011.

Jika anda masih ingat sekitar tahun 2010-2011 dulu,
harga emas naik mendadak dan kemuncaknya ialah
pada penghujung tahun 2011.

Pada masa itu banyak syarikat pelaburan emas mula
beroperasi dan ramai usahawan emas tiba-tiba muncul
bagaikan cendawan lepas hujan.

Ketika itu sememangnya banyak kursus serta seminar
mengenai emas & pelaburan emas meriah dianjurkan
ibarat seperti pesta pelaburan menguntungkan.

Bayangkanlah pada ketika itu dari makcik kantin
sehingga ke CEO syarikat, semuanya berbicara mengenai
pelaburan emas yang dikatakan sebagai antara
pelaburan paling lumayan dan selamat.

Namun sama seperti pelaburan lain, pelaburan emas
juga mempunyai risiko yang tinggi.

Langit tak selalunya cerah, harga emas yang dijangka
menguntungkan ini mengalami kemerosotan dari
semasa ke semasa sampai ke hari ini.

Ingin tahu kisah sebenar disebalik pelaburan emas
yang dikatakan antara pelaburan yang paling
menguntungkan ini?

Baca artikel perkongsian eksklusif ini di:

http://www.majalahniaga.com/kronologi-pelaburan-emas-jangan-sampai-terlemas.html

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan anda agar mereka juga dapat manfaatnya. :)

Perkongsian ilmu dari
Hasbul ‘Aqill & Hasbul ‘Ariff
www.MajalahNiaga.com

Memiliki sebuah rumah yang selamat untuk diduduki merupakan antara impian setiap insan.

Namun malangnya tak semua dapat merealisasikan impian ini dan lebih teruk lagi ada yang ditipu & dianiaya pihak pemaju bila rumah yang dijanjikan lambat siap
dan terbengkalai.

“Tidur tak lena.. Mandi tak basah..”

Begitulah antara perasaan yang dialami oleh setiap pembeli apabila menunggu rumah mereka siap dibina. Siang malam termimpi-mimpi diberi kunci.

Pemaju di Malaysia biasanya mengamalkan sebuah sistem jual-dan-bina, di mana pemaju mula menjual unit rumah tetapi kerja-kerja pembinaan belum pun bermula.

Ia merupakan satu bagi pembeli.

Ini kerana dalam tempoh menunggu rumah siap, pelbagai perkara boleh berlaku seperti pemaju muflis, pemaju bermasalah, pembinaan terbengkalai serta lewat siap.

Jadi apa yang akan berlaku kepada anda jika perkara ini berlaku kepada anda?

Dalam artikel pilihan Majalah Niaga kali ini, kami akan berkongsikan mengenai apakah langkah terbaik yang perlu anda ambil untuk memperjuangkan hak anda sebagai
seorang pembeli rumah bila ditindas pemaju.

Anda boleh membaca artikel eksklusif ini di:

http://www.majalahniaga.com/hak-pembeli-rumah-harapan-bagi-yang-terlewat.html

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, kami galakkan anda untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda yang lain sama ada di blog, facebook mahupun twitter. 

Selamat Membaca,

Perkongsian oleh
Hasbul ‘Aqill & Hasbul ‘Ariff
www.MajalahNiaga.com