emas-naik

Trend harga emas semasa

Ramai yang tertanya-tanya ‘…ok ke kalau nak beli emas sekarang?’ ‘…nak tunggu harga jatuh lah…’ lagi kita tunggu… lagi mahallah harganya nanti… so kat sini ada sedikit info yang pasti membantu kita membuat keputusan yang betul tentang trend emas semasa.
Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD

2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.

Mari kita lihat dengan terperinci:
Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.

USD makin lemah, RM semakin kuat.

Untuk makluman; Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali. Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka. Harga emas bukan harga kawalan.

Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.

Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.

Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya
1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)

3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i

Kesimpulan:
Saya berharap artikel kali ni dapat membantu anda mengetahui kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD   harga emas naik banyak.
Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Mereka akan berterima kasih kepada anda! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>