
Monthly Archives: February 2011


Tingkatkan Ilmu Emas …
Jadual seminar Feb 2011
Sabtu 19/2/2011
Sesi 1 – 3.00 PM–5.00 PM
Sesi 2 – 8.30 PM– 10.30 PM
p/s: Pilih salah satu sahajaSeminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway
Ahad 20/2/2011
10 pagi – 12 tengahari New Dealer Orientation (untuk agen Public Gold Sahaja)
Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway
Sekitar seminar emas ….kini makin ramai yg tahu tentang rahsia emas….anda bila lagi???
ingin maklumat lanjut hubungi 012-3399034

GOLD TECHNICAL ANALYSIS
As far as I am concerned these have no investor value whatsoever, and should be left for the collectors.
Haa… itu kata depa yang bijak orang putih…. ni nak buat perbandingan yang lebih real pulak….mai kita tengok info ni
Harga emas KITCO pada awal Januari 2010 ialah USD1121.50/oz.
Harga emas KITCO pada akhir Disember 2010 ialah USD1405.50 /oz.
….kenaikan sebanyak 25.3%.
Nilai tukaran wang RM/USD pada awal Januari 2010 ialah RM3.3971.
Nilai tukaran wang RM/USD pada akhir Disember 2010 ialah RM3.0835.
Jadi,
Harga emas dalam RM pada awal Januari 2010 ialah RM3809.85/oz.
Harga emas dalam RM pada akhir Disember 2010 ialah RM4333.86/oz.
….kenaikan sebanyak 13.8%.
Kenaikan harga emas dalam USD adalah sebanyak 25.3% berbanding kenaikan harga emas dalam RM dapat dilihat adalah sebanyak 13.8%.
Ya, kita masih lagi boleh tersenyum kerana dividen ASB yang ‘gah’ keuntungannya diumum saban tahun barulah hanya sekitar 8.75% setahun sahaja. Sudah tentu antara angka 25.3% & 13.8%, yang pertama itu lebih WOW, tetapi amatlah dituntut supaya kita menceritakan sesuatu yang sesuai & terkait dengan situasi di mana kita berada, supaya di penghujung jalan nanti, tidak ada yang terkeliru…
Sebahagian besar daripada kita merasakan bahawa harga barang-barang seperti kejar-mengejar pendapatan kita. Mengapakah daya beli kita menurun & bagaimana pula untuk menanganinya? Secara bertahap, kita harus lindungi hasil penat lelah kita daripada risiko inflasi dengan sesuatu yang daya belinya bertahan. Di sinilah, emas sabagai salah satu caranya. Masih ingat pada suatu cerita di zaman Rasulullah?
Kini, setelah 1400 tahun, pada zaman kita bernafas, harga kambing pun tetap juga 1 Dinar!!!
Semoga ia menjadi panduan kepada kita semua dalam membuat aturan pelaburan agar pulangannya mampu menyenangkan kita di masa depan.
Di saat kehancuran USD dan segala matawang-matawang dunia, timbul satu matawang ‘kuno’ yang hanya dengannya sahajalah, kehidupan dunia bisa menjadi kembali makmur. Berbeza dengan kita yang meyakini wang yang sejati (timbangan yang adil) hanyalah emas & perak berdasarkan keyakinan agama kita, para pakar analisis ekonomi dunia pula berpendapat bahawa pengganti USD hanyalah emas berdasarkan keadaan kewangan global terkini yang makin buruk dimakan masa. Wallau’alam.
