Daily Archives: October 11, 2010

Kekayaan bertambah melalui zakat yang berkat

Ramai yang berusaha keras untuk menambah kekayaan tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang ada cara yang sangat mudah untuk mendapat kekayaan yang berkat itu… Berzakatlah…

Untuk makluman bersama, berikut adalah info zakat yg boleh dijadikan panduan untuk kita bersama

Emas adalah antara  logam yang diwajibkan zakat & kewajipan zakat ke atas emasi dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.                                                  At- Taubah; ayat 34-35Terdapat 2 keadaan Zakat emas dikira:-
1. Jika emas tersebut hanya di simpan (tidak dipakai)Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakaiEmas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.90

Menurut hukum syarak, logam perak juga adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

Jongkong perak
Matawang perak
Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak
Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perakSabda Rasulullah SAW

Maksudnya:

“..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”. (Riwayat Muslim)

Maksudnya:

“Pada perak (zakatnya) 1/40…”. (Riwayat Al-Bukhari )Contoh pengiraan zakat perak

Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62/g

Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5% =  15.50