Daily Archives: August 27, 2010

JENIS DAN KETULENAN EMAS DAN PERAK

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas. 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU

( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam  24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK

( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800

KEISTIMEWAAN EMAS:

1. Diiktiraf oleh seluruh manusia sebagai benda berharga.
2. Kalis inflasi & tidak terjejas dgn gelombang politik, ekonomi atau sosial sesebuah negara
3. Wang tanpa sempadan
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil
5. Tidak boleh dicipta
6. Price to weight ratio yang tinggi
7. Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang

Komen Dato’ Salleh Majid – Bijak Wang TV 3

1. “Sejak 5 tahun kebelakangan ini harga emas meningkat sebanyak 250% (tahun 2005-2009)”
2. Ini bermakna purata kenaikan harga emas ialah 50% setahun
3. Namun kesedaran rakyat Malaysia terhadap pelaburan emas masih rendah. Pulangan FD cuma adalah 2%-4% setahun. Pulangan daripada pelaburan emas adalah jauh lebih tinggi. jadi adalah lebih bijak kita   menyimpan kekayaan dalam bentuk emas!