Daily Archives: August 21, 2010

kijangrm200

Bagaimana memulakan pelaburan emas anda?

Hari ini kita akan berkongsi cara-cara mudah untuk anda memulakan pelaburan emas tetapi ia hanyalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

a. Syiling emas b. gold bar.

Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)

Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.

Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .

Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:

– Canadian gold Maple Leave
– Australian Nugget
– Singapore gold coin


Pilihan ketiga:

a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)

Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K) Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia. Mudah diperolehi di kedai emas.

Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.
Jawapan:
Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:

1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)