Daily Archives: August 15, 2010

tn_malaysia_book_of_record

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod “The Malaysian Book of Record”

Mengapa memilih Public Gold sebagai pembekal emas fizikal utk pelaburan masa depan anda?
kerana Public Gold merupakan satu-satunya pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan gold barnya.   
Mengapa pengiktirafan ketulenan emas penting?
Untuk pengetahuan anda, gold bar yang berjenama kesemuanya diiktiraf oleh Certified Assayer.
Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga. Setelah assayer menjalankan ujikaji terhadap logam berkenaan dan berpuas hati dengan ketulenan berkenaan, maka assayer tersebut akan menandatangani sijil pengesahan ketulenan emas berkenaan.
Contohnya gold bar yang terkenal dan berjenama seperti PAMP Suisse akan mempunyai “Assay Certificate“.

Ini adalah contoh gold bar yang disahkan ketulenannya oleh “Certified Assayer”. Dengan adanya “Assay Certificate” maka pembeli boleh merasa yakin dengan kualiti emas yang dibeli.

Antara produk yang dikeluarkan oleh Public Gold ialah :
1. Gold bar Public Gold 20 gram
2. Gold bar Public Gold 50 gram
3. Gold Bar Public Gold 100 gram
4. Dinar Emas 1 Dinar (4.25 gram)
5. Dinar Emas 5 Dinar (21.25 gram)
6. Dinar Emas 10 Dinar (42.5 gram)

Kesimpulannya.

Bagi rakyat Malaysia, ia sedikit sebanyak memberikan keyakinan bahawa gold bar Public gold adalah setanding dengan gold bar terkemuka yang lain seperti PAMP Suisse.
al-hajj-23-2

Emas lambang kejayaan di akhirat.

Selain menjadi simbol kejayaan di dunia, emas juga merupakan simbol kejayaan di akhirat.
Ini kerana, setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah SWT akan menghadiahkan kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.

Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23:

Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.Sudah pasti kita inginkan syurga bukan?

Ini gambar gelang emas kat dunia. Gelang emas kat akhirat kita tak tahu cammana rupanya. Yang pasti.. ia semestinya sangat cantik kerana ia adalah hadiah dari Allah yang Maha Kaya kepada hamba-hambanya yang berjaya.

Jadi, disini kita dapat melihat keistimewaan emas.
Ia merupakan simbolik kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.

Jika anda berjaya di dunia – anda akan dapat hadiah pingat atau piala emas. Jika anda berjaya masuk ke syurga – anda mendapat hadiah gelang emas. Sebab itulah saya sukakan emas.

Kesimpulannya…
1. Emas sangat istimewa. Ia adalah simbol kejayaan.
2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.
3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga. Wow!
4. Kalau nak simpan emas, disarankan anda menyimpan emas betul, bukan emas ketas kertas tu (Maybank GSPA atau Public Bank GIA).

Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku!

spain_menang_world_cup

Emas sebagai simbol kejayaan.

Untuk pengetahuan anda, salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai simbol kejayaan dan kemenangan.Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi meraikan kejayaan, pencapaian tertinggi dan terbaik.
Jika anda mendapat tempat pertama atau pencapaian terbaik, biasanya anda akan dapat pingat atau piala emas.Tak kiralah emas betul ke atau plastik celup warna emas ke (ala..macam pingat sukan zaman sekolah dulu-dulu),orang tetap panggil pingat emas!
Dalam Piala Dunia 2010 – Piala emas yang hebat, Sepanyol telah menjadi juara dunia dan menjulang Piala Dunia buat kali pertama.