Saya belajar dgn Chef Li pun, dia tak spesifik apa2 bisnes. Cuma beberapa prisip penting yg diajarkan chef li ajar dan saya pegang betul2 antaranya:
(1) Biar kecil, asalkan berhasil. Daripada besar, akhirnya bubar!
(2) Apa pun bisnes, jangan sesekali mulakan dgn hutang! Saya ulang lagi sekali, jangan sesekali mulakan dgn hutang, loan, pinjaman dsb.
(3) Mulakan dgn apa yg ada jer. Asalkan bermula.
(4) Rajin2 datang ke kursus, bengkel & seminar2 bisnes, dan bergaullah dgn orang bisnes.
(5) Urus kewangan bisnes dgn baik supaya kita nampak hasilnya.
(6) Tak perlu cari bisnes yg 'exotic'! Org kaya2 buat biz yg biasa2 jer. Tp mrk buat perkara sama dgn cara berbeza. Biz ni tak perlu ada nama. Ia tak dipandang orang, tak ada kelas. Tp dlm diam2, dana simpanan makin membesar.
InsyaAllah.
May 09, 2012
Masa terbaik beli emas!
Masa emas 20 gram harga RM3,150 takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,700, baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang baru berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah dia buktinya.
Dan ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan dealer lain. Tapi ambik la masa sikit untuk faham pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi.
Akibat Tunggu Harga Paling Rendah
Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan pada saya "Nanti harga emas turun bagi tahu yer..". Tapi bila harga emas turun, ramai yang tak nak beli emas sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas memuncak macam hari ni (i.e. 9 Ogos 2011, harga emas melapasi USD1,750 seauns), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi.
Lepas dah 11 bulan jadi dealer emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 20% setahun.
Jangan tunggu harga paling rendah sebab technical analyst paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas. Saya pernah ada pengalaman dah. Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20g RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 - RM3,000. Habis...
Faktor 'Fundamental' Tak Siapa Boleh Jangka
Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi... Nasib baik saya adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan komisyen jualan emas.
Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebabnya analisis teknikal akan tersasar bila berlaku fundamental factor yang luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 - 1980.
Dan faktor yang sangat pasti, matawang USD semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan Negara Eropah. Bila negara-negara tu 'bangkrap', orang tak nak pakai dah duit kertas USD! Orang akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!
Masa Terbaik Membeli Emas
So, lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas.
Wallahu a'lam.
January 16, 2012
Pelaburan KWSP Merugikan Pencarum KWSP?
Salam...
lama jugak saya tak update blog ni... tapi bila harga emas masih rendah nie terpanggil pulak rasanya nk berkongsi info...bagi yang mempunyai lebihan wang khususnya yang dapat dividen ASB yg tak tak sampai 10% tu bolehlah keluarkan dividen & mula membeli emas krn ketika ini harga emas masih rendah setelah mengalami kejatuhan harga (ini fenomena biasa@ correction time) sebelum ia melonjak naik semula & gandakan nilai wang anda sekitar 20% 50% setahun!!
eeerrmmm...apa kena mengena dgn tajuk post ni eah?
Bukan apa...KWSP pun tak begitu menguntungkan....kalau nak beli emas guna duit KWSP memang tak merasalah jawapnya sb Dividend KWSP Sekitar 5%-6% Sahaja!!!
Tahukah anda secara purata jumlah pulangan dividen KWSP setiap tahun adalah lebih kurang 5% manakala wang tersebut boleh memberi pulangan purata 10%-15% setahun jika ‘dialihkan’ kedalam dana saham amanah yang diuruskan oleh pengurus dana yang berpengalaman. Malah, kadar pulangan purata untuk salah satu dana yang kami kendalikan adalah hampir 20% setahun jika dilaburkan dari bulan Januari 2009 hingga bulan Januari 2012.Bukti dividend KWSP dan Dividend Unit Trust dalam posting sahabat saya humaizi sebelum ini http://www.ahmadhumaizi.com/umum/dividend-kwsp-1952-2010
Pelaburan ke dalam Unit Trust di luluskan oleh KWSP. Jadi kenapa anda sebagai pencarum perlu risau sebab KWSP pastinya telah menjalankan penyelidikan dan kajian tentang pelaburan KWSP sebelum membenarkan ahlinya mengeluarkan simpanan dari akaun 1. Untuk pengetahuan anda, akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan untuk tiga tujuan sahaja
- Apabila anda meninggalkan dunia ini.
- Kedua, apabila anda berumur 55 tahun
- Ketiga, untuk pelaburan unit trust.
Jadi, anda di usia yang masih muda, kenapa anda memilih untuk memerap dana dalam Akaun 1 KWSP yang memberikan pulangan yang ciput. Ok beralih kepada sebab kedua kenapa anda patut membuat pelaburan KWSP dalam dana Unit trust.
so buatlah keputusan yang bijak...bak kata pepatah mat salleh 'don't put all your eggs in one basket"! jadi pelbagaikanlah tempat pelaburan wang anda, supaya ia pula yang bekerja untuk anda.
Labels:
artikel emas,
kwsp,
unit trust
December 19, 2011
Ayuh, kita ubah hidup kita dengan maksimumkan potensi silver.
Pelaburan silver mampu memberikan pulangan yang lumayan. Ini kerana peratus kenaikan harga silver tahun 2010 sahaja adalah 80 peratus. Sejak 5 tahun lepas pula harga silver secara purata meningkat purata 88.7% Ini adalah kenaikan yang amat besar dan mampu membuat pelabur silver tersenyum lebar.
Sumber: http://silverprice.org/silver-price-history.html
Saya mempunyai sebab tersendiri yang kukuh untuk mengatakan bahawa pelaburan silver amat menguntungkan. Ketahui sebab-sebabnya seperti di bawah.
Saya mempunyai sebab tersendiri yang kukuh untuk mengatakan bahawa pelaburan silver amat menguntungkan. Ketahui sebab-sebabnya seperti di bawah.
|
Tak kira apa pun matlamat anda ....ANDA pasti mahukan wang pelaburan anda untuk..
So... pastikan anda mula memikirkan, berkira-kira & mula menyimpan silver hari ini yea. |
Labels:
kenapa nak beli silver,
perak
December 12, 2011
Tip melabur dalam perak/silver
SILVER LAGI HEBAT DARI EMAS? Betul ke? Ramai yang
sedia maklum bahawa pelaburan emas sangat menguntungkan, dan
antara paling selamat. Memang tidak dapat dinafikan.
sedia maklum bahawa pelaburan emas sangat menguntungkan, dan
antara paling selamat. Memang tidak dapat dinafikan.
Memang betul...
Tapi tahukah anda? Bahawa SILVER@perak adalah salah satu
pelaburan logam yang paling untung, selamat tapi murah, selain
daripada emas.
Bagaimanakah dikatakan silver lebih untung daripada emas? Mari
kita baca di bawah:
Kebanyakan pelabur terlampau mengukur kenaikan harga dalam bentuk
matawang. Ramai yang lupa bahawa kenaikan sepatutnya diukur dalam
bentuk peratusan. Cuba tengok graf – graf ni
Hebat bukan..
Jelas sekali peratusan kenaikan harga perak JAUH meninggalkan
harga emas. Kalau kita letak RM1000 dalam pelaburan emas pada
akhir 2001 kita akan dapat balik lebih kurang RM4923.60 hari ni.
Kalau letak kat perak, anda akan dapat RM7976.60. Jauh lagi
HEBAT!
Jadi, tahu kan kenapa SILVER lebih untung dari emas?
Ada lagi rujukan tambahan ...kalau nk download ebook PDF
di URL di bawah:
--->labursilver.com/Ebook1.pdf
Semoga perkongsian diberikan bermanfaat.
Labels:
kenapa nak beli silver,
perak,
tips perak
October 14, 2011
Cara Tuntut Bantuan Rakyat RM500 Budget 2012
Terpanggil pulak nk share info ni kat blog publicgoldbar ....Lebih 3juta rakyat Malaysia yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah layak menerima Bantuan Rakyat RM500. Bantuan “one off” dalam pembentangan budget 2012 ada pertama kali berlaku dalam sejarah pembentangan budget Malaysia. Ramai terutama Pembangkang yang menganggap pemberian Bantuan Rakyat adalah gula-gula pilihan raya. Bagi aku gula-gula yang memberi manafaat kepada rakyat apa salahnya. Aku sudah jelaskan dalam entri “Budget Malaysia 2012 Yang Menarik” bagaimana Bantuan Rakyat ini dapat membantu meningkatkan aktiviti ekonomi Malaysia.
Setiap orang yang layak untuk menuntut Bantuan Rakyat RM500 mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nak mendaftar di LHDN ni yang mengerikan sedikit untuk sesetengah orang tapi apa nak buat kalau nak RM500 kena jugalah daftar. Khabarnya dah ramai yang menyerbu kaunter LHDN untuk tujuan pendaftaran. Duit siapa yang tak nak. Bila dah dapat duit jangan pulak dibelanjakan ditepat yg tidak sepatutnya terutama masuk skim cepat kaya atau beli saham TOTO.
Kenyataan LHDN : “Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan pendaftaran secara online di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional. Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012 – Bernama”
Ini rezeki dari Allah SWT jangan lupa infaqkan sedikit walaupun RM1 insya Allah akan bertambah berkat rezeki dan tidak mustahil akan berlipat kali ganda rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Kepada yang tak layak jangan cuba-cuba melayakkan diri haram duit tu dan kepada yang tak setuju dengan Bantuan Rakyat RM500 janganlah tuntut walaupun layak tu... baru gentlement.
info : by denaihati
info : by denaihati
Labels:
budget
September 22, 2011
Cara bijak menyimpan wang
Mengapa ringgit boleh susut nilai?
Kerana ringgit adalah fiat money atau wang fiat.
Apa itu fiat money?
Matawang yang dikeluarkan tanpa dicagarkan kepada apa2 logam berharga.
Ringgit bersandarkan kepada dollar Amerika (USD) yang mana USD tidak bersandarkan kepada apa2 logam berharga. Ini membuatkan ringgit dan apa2 juga fiat money tidak stabil, susut nilai kerana inflasi. Ini dapat dilihat apa yang berlaku di Zimbabwe baru2 ini. Rakyat Zimbabwe terpaksa mengeluarkan begitu banyak wang untuk mendapatkan sebuku roti. Apa terjadi kepada mereka yang tidak mempunyai wang sebanyak itu....
Emas dan hartanah adalah dua cabang pelaburan yang patut diberi perhatian. Untuk menceburi bidang hartanah memerlukan modal yang besar untuk memulakannya. Rata2 pelaburan emas mampu diceburi oleh ramai diantara kita. Apa yang perlu kita buat ialah tukarkan simpanan dari ringgit kepada emas.
Mengapa perlu menyimpan dinar dan emas?
- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Mengikut stastik dari Bank Negara Malaysia, nilai syiling Kijang Emas 1oz pada 18/07/2001 ialah RM1,082, manakala harga pada 29/05/2011 ialah RM4,564.
Peningkatan yang begitu ketara sekali. Purata kenaikannya melebihi 20% setahun.
Cuba fikir2kan.... simpan ringgit atau simpan emas....
Kerana ringgit adalah fiat money atau wang fiat.
Apa itu fiat money?
Matawang yang dikeluarkan tanpa dicagarkan kepada apa2 logam berharga.
Ringgit bersandarkan kepada dollar Amerika (USD) yang mana USD tidak bersandarkan kepada apa2 logam berharga. Ini membuatkan ringgit dan apa2 juga fiat money tidak stabil, susut nilai kerana inflasi. Ini dapat dilihat apa yang berlaku di Zimbabwe baru2 ini. Rakyat Zimbabwe terpaksa mengeluarkan begitu banyak wang untuk mendapatkan sebuku roti. Apa terjadi kepada mereka yang tidak mempunyai wang sebanyak itu....
Emas dan hartanah adalah dua cabang pelaburan yang patut diberi perhatian. Untuk menceburi bidang hartanah memerlukan modal yang besar untuk memulakannya. Rata2 pelaburan emas mampu diceburi oleh ramai diantara kita. Apa yang perlu kita buat ialah tukarkan simpanan dari ringgit kepada emas.
Mengapa perlu menyimpan dinar dan emas?
- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
Mengikut stastik dari Bank Negara Malaysia, nilai syiling Kijang Emas 1oz pada 18/07/2001 ialah RM1,082, manakala harga pada 29/05/2011 ialah RM4,564.
Peningkatan yang begitu ketara sekali. Purata kenaikannya melebihi 20% setahun.
Cuba fikir2kan.... simpan ringgit atau simpan emas....
Subscribe to:
Posts (Atom)



